Wednesday, November 12, 2008

Hadiah Hari lahir


Tanggal 1 / 11/ 2008 genap usia ku menjangkau 25 tahun. Sedar tak sedar tua dah aku ni ek….sambutan hari lahir ku kali ni tidak la semeriah dulu, namun terima kasih ku ucapkan kepada rakan-rakan terutama kepada roommate ku..yg sudi menghadiahkan kek hari lahir(sedap)….Kesunyian di hati dapatla diubati dengan rakan-rakan yang sudi menyambut harijadi ku ini. Hadiah kedua yg aku terima tahun ni berupa sebuah buku cerita cinta yang popular dari seberang..Ayat-ayat cinta. Walaupun aku sudah mengetahui isi kandungan buku tersebuat daripada filem Ayat-ayat cinta tu..namun itu bukan sbb utama kenapa aku enggan untuk membacanya…lantaran kesinambungan jalan cerita buku tersebut yg mengingatkan ku tentang seseorang membuatkan ku kurang senang untuk membacanya. Aku amat-amat berterima kasih kepada pengirim hadiah ini kerana dia sudi menghadiahkan sebuah buku cerita yg mempunyai unsure-unsur pencintaan berlandaskan islam yang natural..