Wednesday, September 24, 2008

HATIKU...


Sampai bila harusku 'abaikan' keinginan hati ku ini....
Sampai kapan ku harus berpura-pura gembira demi menutup 'sengsara' di hati

Hati yang dulu lembut menjadi 'keras'
Hati yang dulu berbunga menjadi 'tandus'....

Penahkah kau merasainya...mengalaminya....???
Penahkah kau menduganya...memikirkanya..???

Hatiku gembira dalam duka..menangis dalam tawa...
Hatiku sakit tak terubat..tak terkesan..dek halwa....

Ku abadikan hatiku...begini....menanti...tanpa pasti..
Ku relakan hatiku begini....kerana janji yang tak terungkai pasti..

Biar maut menjemput ku pergi...ku tak kesali..yang pasti ku amat merindui..
Biar hidupmu ku doakan sejahtera sampai akhir nanti...

HILANG


Tinggal beberapa hari lagi kita akan merayakan Hari Kebesaran dan Kejayaan Umat Islam di seluruh dunia...gelak tawa dengan senyum mesra sahabat handai serta saudara kian aku rasai...tp sejak beberapa tahun ni...Aidilfitri tak seindah dulu..entah kenapa aku merasakan 'kehilangan dan kesunyian' yg teramat sgt..pilu..sedih..rasenyer.....taknak aku ingatkan semua tu lagi...

knp agaknyer...yg dah tiada selalu kita kenangkan dan yg selalu hadir di depan mata senantiasa kita abaikan..aku cuba untuk menerima sesiapa yg datang dengan hati yang ikhlas..tp kesusahan pasti begini gak akhirnyer...

Knp agaknyer...kita selalu menginginkan seseorang yang langsung tak mengendahkan kita sedangkan yang sedang mengejar, kita pandang sepi...knp??

mungkin itula hati...kadang-kadang aku sendiri tak pasti...bila ku abaikan keinginan 'hati'..aku kan resah dan gelisah..tp bila aku ikutkan 'hati', aku merana..terseksa...

Aku betul2 merinduinya...kata2nya...perbuatannya...

aku terdengar lirik lagu Dayang Nurfaizah-Hilang...betul-betul kena dengan perasaan aku sekarang...

Bagai semalam ku bersua
Wajah yang memiliki cinta
Masih teguh kupelihara setia
Sanggup kau tinggalkan semua
Membawa segala

Di mana ku letakkan jiwa ini
Seakan berterbangan untuk mencari tempatnya
Hatiku kan selama
Memuja dan menyinta
Kau kekasihku
Hilang
Pergi merantau
Mengapa

Tak rela diriku terjaga
Belum sedarku buka mata
Siang malam berlalu sama
Saja
Sukar untukku lepasi
Hari yang mendatang

Tak daya menahan air mata
Dan meratapi hiba menyesal dan meronta oh
Hatiku kan selama memuja dan menyinta
Kau kekasihku
Hilang

Jauh melangkah
Tinggalkan semua
Berakhirlah sudah tiada gunanya menyalahi
Sesiapa
Bangunkan daku segera
Dari lena

Jauh melangkah
Menghilang
Tiada ku kesalkan
Biarlah
Kurela


Semoga aku dapat bangun dari 'mimpi' ini dan melupakan 'kehilangan' yang penah aku rasai dulu...

Wednesday, September 17, 2008

KAWIN..HAHAHA...


Sebenarnyer....ni emial yg roomate aku kasi time boring2..tp isi kandungannyer mmg buat kitorang (yg bujang n i) senang hati..kuikuikiui...



Renungkanlah Sedalam-dalamnya..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Memories


MEMORIES…….

Kenangan…kadang2 ada yg sebut kenangan ni pekara silam yg tak perlu kita ingat atau sebut lagi tp ada gak yg selalu kenang semua kenangan2 silam sbg salah satu cara untuk melepaskan rase rindu pada seseorang…or sbg suatu pengajaran utk kita di masa depan. Bagi aku kenangan same pentingnyer dengan pekara yg akan berlaku pada masa depan. Kalu takde kenangan tu masa kan kita leh jadi kita yg skrang ni..sedar tak sedar ape yang kita tengah lalui ni skrang akan menjadi kenangan or sejarah yg pasti kita kenang di masa depan…so,setiap masa dan ketika kita sedang mencipta kenangan utk hari esok..samada kenangan tu indah or mengecewakan semuanya terpulang pada kita.

Monday, September 15, 2008

EID MUBARAK II

Bismillah...pembukaan mukadimah...dahlama rasenyer aku meninggalkan blog ni..sedar tak sedar dah hampir setahun..(cet..dah setahun erk).aku tak kemana2 masih ada di muka bumi Allah s.w.t ni..cuma terlalu sibuk dan juga tidak mempunyai kesempatan dan teknologi untuk meneruskan penulisan..hehehe...

Alhamdulillah, aku masih berkesempatan menyambut Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini...mudah-mudahan aku masih sempat memohon keampunan dari-NYA dan memperbanyakkan amalan sunat..

Mudah-mudahan Ia dapat menenangkan hati ku yang berkecamuk skrang ni..bercampur baur..dengan macam2 kejadian dan pengalaman yang telah ditimba dan bakal ditempuh. tapi aku adalah aku, macam org lain yang penah kenal aku..nila aku..ada ke tak masalah aku sentiasa nampak 'pegun' tp dalam hati hanya Allah s.w.t je yang tau.


Yang pergi tetap pergi...
walaupun hati tak mengingini...
Jauh di ruang sanubari..
Ku harap ada sinar yang menerangi..
Untuk menghindar hatiku yang sunyi...