Tuesday, December 30, 2008

MAAL HIJRAH

Salam..pembuka bicara...dah agak lama aku tak meluangkan masa menambah entry sejak akhir2 ni..almaklumla..penyakit lama (malas) dah menyerang...

Pertama skali, syukur ku panjatkan kepada Allah s.w.t kerana di pnjangkan usia untuk melalui hari2 yg mendatang terutamanya apabila skrang umat islam sudah melangkah ke tahun baru...(kalendar islam)...tinggal beberapa hari saja untuk menyambut tahun baru..hehehe...

Pasti banyak yg bakal aku tempuh untuk tahun yg mendatang ini...terasa rindu kepada sahabat handai...dan rakan taulan..semoga kita semua diberkati dan dilindungi daripada pekara-pekara yang tidak diingini...

Wednesday, December 17, 2008

Rintih

Sejak kebelakangan ini, fikiran ku selalu memikirkan sesuatu…apa yg bakal aku hadapi..dan juga apa yg sedang bergolak di dalam benak ku…hati kecil ku..ingin saja aku meluahkan pada sesiapa yg sudi mendengar..ahh..mustahil..aku pasti tiada sapa yg memahami..selain diri ku sendiri..kenapa agaknya aku selalu memikirkan pekara tersebut..?sedangkan sudah acap kali kesudahannya aku ketahui…tetapi entah kenapa hatiku mengatakan sebaliknya…adakah aku saja menyangkalnya dek kerana ingin menjaga hati atau tidak berpuas hati kerana hasrat tak dipenuhi?

Kadang2 sikap aku yg susah nak menyerah kalah ini menyebbkan diri aku sndiri tak keruan…adakah aku harus meletakkan harapan ataupun membuang saje semua kenangan dan harapan itu..senang cite bukak buku baru…mungkin kerana aku terlalu memikirkan…hanya memikirkan yg baik2…tidak memikirkan pekara tu dari sudut yg lain…mungkin bagi dia itu hanya biasa…takde ape2 yg istimewa…

Ya..mungkin begitu sebenarnya…knp kadang2 hati mengatakan 'ya' tp fikiran cuba menyangkal dengan memberikan pelbagai alasan dan hujah2 yg berkaitan…aku ingatkan semuanya dah berakhir….dah terbuang…dah aku biarkan…tp sebenarnya..aku masih ingat padanya..

Mudah-mudahan aku diberikan petunjuk dan hidayah supaya dapat memilih yg mana baik buat ku dan menguatkan semangat sekiranya dia bukan …….


 

KU sayang padanya dalam diam

KU nafikannya secara terang…

KU pendamkannya umpama peram dalam kelam…

Sukar utk ku lafazkan…

Siksa bagiku melepaskan…

Andai saja bisa ku lupakan…abaikan…mungkinkah kelam akan menjadi terang…..

Tuesday, December 16, 2008

AIDILADHA

Alhamdulillah dan syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini, keluarga ku dapat mengadakan korban..tahun ini giliran along…tahun depan insyaAllah giliran aku..hehehe…tu kata ayah ku la…

Mendengar keasyikan dan kesyahduan takbir raya yang memuji kebesaran Allah s.w.t membuatkan diriku berasa kerdil dan hina…banyak rasenya dosa dan amanah yang belum aku sempurnakan…

Tanggungjawab kepada keluarga terutama ibubapa dan adik bradik…aku selalu berharap dan berdoa semoga keluarga ku senantiasa di bawah rahmat Allah s.w.t…

Sepanjang hari ini, hujan turun tak berhenti..'nak banjir gamaknya'...jadi satu hari suntuk raya haji tahun ini aku hanya duduk di rumah melayan TV dan radio selain study utk peperiksaan static (L)…sudah lama tak merayakan hari raya haji dirumah…

Aku tersentuh menonton sebuah cerita drama melayu yg bertajuk 'selangkah ke syurga' yg mengisahkan seorang ayah tunggal yg mempunyai hasrat utk ke tanah suci..tp malangnya di halang oleh anak2 yang tak mengenang jasa…si ayah menyimpan cita-cita dan keinginan yg terlalu mendalam utk mengerjakan haji walaupun sudah cukup wang simpanan namun hasrat tu terpaksa dilupakan demi kerana dek kasih sayangnya kepada anak2 yg dalam kesusahan…tp akhirnya Berjaya menunaikan keinginannya itu setelah riwayatnya sudah tiada di dunia…begitula betapa kasih sayang seorang ayah kepada anak2nya menjangkaui kepentingan dirinya sendiri…dan tergamak anak2nya mengabaikan kehendak dan keinginan si ayah yg sudah lama membanting tulang empat kerat mengumpul duit dan menyara mereka selama ni…berlinang air mata ku n sayu rasanya…tersentuk dek jalan cerita dan kesudahannya…entahla sejak akhir2 ini, aku sensitive sket…hehehe….mudah tersentuh dan kecik hati…

Hari raya haji..atau hari raya korban……pengorbanan….apa yg telah aku korbankan selama ini utk keluarga, bangsa, negara dan paling utama AGAMA??...


 

Hidupmu ku lihat…penuh bermakna..

Usahamu ku amati..sangat i

Monday, December 1, 2008

MEMORIES II...

Kenangan....ku titipkan warkah ini buat sahabat-sahabat yg senantiasa bersama ku susah dan senang....

Kenangan...bersama kalian membuatkan diriku terasa di sayangi..dihargai..

Aku masih teringat saat indah bersama kalian..tak mungkin ku lupa..walaupun ada kalanya kenangan itu mungkin pahit utk dikenang namun aku yakin, pasti ada hikmah terselindung disebalik keperitan itu..terutama kenangan kita di VIlla Kemuning..semoga kita sama-sama menempuh kehidupan sebagai seorang pendidik yang berjaya kelak. sesungguhnya segala ilmu yg dikongsi dan digunakan bersama kelak akan dapat membantu kita...menjadi seorang pendidik yang beilmu, berakhlak dan berwawasan...

Aku juga ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan di atas kesalahan dan khilaf ku ini...aku pasti merindui kalian.....