Monday, October 29, 2007

Sunny - Ratatouille

Entah kenapa hari itu sunny tidak senang duduk, sudah hampir berjam-jam dia mundar –mandir, keluar masuk biliknya. Kipas bilik dipasang penuh, menghembus laju tepat ke wajahnya yang tak keruan ekspresinya, apakah dia gembira, apakah dia sedih, entah apa yang mengganggu fikirannya saat ini. Mungkin SMS yang diterimanya tadi membuatkan dia begitu..
‘Saya nak jumpa awak’, begitulah lebih kurang bunyi sms itu. Sememangnya sudah lama, bahkan sudah lebih 2 tahun niat itu dipasang dalam dirinya, dan sebenarnya itulah yang dinanti-nantikan selama ini. Tapi entahlah kenapa dia merasa resah dan gelisah, umpama cacing kepanasan. Mungkin terlalu banyak yang mengganggu fikirannya, maklumlah inilah pertemuan yang pertama buat dirinya dan si dia. Macam-macam yang bermain difikirkan, ‘ apa nak ku cakapkan nanti’, ‘baju apa yang nak dipakai nanti’, dan beratus-ratus senarai perkara yang berlegar-legar di mandala pemikirannya. Risau bercampur teruja, gembira bercampur resah bercampur baur susah nak diungkapkan.

Detik-detik jam dinding terasa lambat, ah!! Perasaan apakah ini? Kenapa aku rasa macam ni? Mungkin itulah yang dibisikan sunny saat itu. Mungkin sebab terlalu banyak perkara yang sudah berlaku sebelum ini yang menyebabkannya berfikir kedua kali, terlalu banyak kesalahan yang pernah dilakukannya yang menyebabkan dia malu untuk berhadapan dengan insan tersebut. Janganlah dinafikan rasa sayangnya pada gadis itu, mungkin selaut perasaan cinta tak mampu nak memuaskan dahaga kasihnya itu Namun berbekalkan azam dan tekad yang bulat, sunny menggagahkan diri untuk menerima pelawaan tersebut. ‘Kalau bukan sekarang bila lagi, mungkin takkan ada peluang kedua, aku tak mahu sia-siakannya’, bisik hati kecilnya.
Hari itu hari jumaat, sekitar 30 minit sudah berlalu meninggalkan jarum pendek di angka tiga. Sekitar 30 minit lagi bas yang dinaikinya saat ini akan menghala ke ibu kota. Dengan lambaian tangan kepada kedua ibu bapanya, sunny memulakan perjalannya untuk 3 jam kedepan ini. Sepanjang perjalanan ,tidak pernah sunyi hatinya memikirkan perkara tersebut. Alunan lagu ‘Baru betul’ dendangan si Akar seolah-olah mesej dari alam mengiyakan perasaannya dikala itu. Memang bergetar-getar hatinya di saat pertemuaan pertamanya itu, ‘mungkin ini biasa’kata hatinya. Akhirnya bas selamat berlabuh sekitar 3 jam kemudiannya, mungkin agak terlambat disebabkan keadaan ‘traffic’ yang terlalu sesak saat itu. Gerombolan manusia yang ramai di Pudu itu, tak sedikit pun mengalihkan fikiran sunny walau sejenak daripada mengingat si dia. Benar hukum relativiti si Einstein, masa dan ruang saat ini berlalu parallel dengan rasa hati yang membuak-buak. Susah nak dibayangkan...susah, hampir saja dia terjatuh kerana tersadung dek batu di jalanan. Sedikit dia tertawa, mengenangkan betapa gelabahnya dia waktu itu. ‘Hahaha, apa yang tak kena dengan aku ni’, sambil dia terkenangkan saat dia mengusik kawan-kawanya dahulu saat mereka tengah mabuk bercinta. Selalu saja dia mempersendakan mereka, namun saat ini terasa perasaan itu menghala bak ‘boomerang’ tepat ke mukanya. Aduhai, tepat di mukanya.


Sempat seketika dia berhenti melepas lelah di samping jalan. Sambil fikirannya perlahan-lahan terkenangkan saat pertama kali kisah cinta ini berputik. Memang sudah didendritasi kukuh dalam ingatan jangka panjang otaknya saat ini. Kisah ini membawanya 3 tahun yang dahulu, saat dia masih di Bandar Sunway saat itu. Mungkin inilah yang dinamakan takdir dan ketentuan, di waktu tiada siapa yang menyangka perkenalan ini boleh berlaku. Friendster , tersenyum simpul dia bila mengenangkan semua itu. Saat masih boleh ‘bertiga saat’ dulu, saat bermesej-mesej dulu. Otot pipinya semakin merenggang jauh melebarkan senyummya bile mengenangkan saat terkejutnya si dia saat mengetahui yang sebenarnya dia bukanlah orang yang disangkakanya. Mungkin hanya dia dan si dia yang tahu apakah sebenarnya yang terjadi. ‘Brump2’, tersentak sunny dengan bunyi vibrant hp di saku seluarnya. ‘Ah, potong stim betulla’, rengusnya. Rupa-rupanya panggilan daripada bapanya. Terlupa dia nak menelepon orang tuanya itu saat tiba tadi. Perjalanan ni masih belum selesai, hajat yang asal masih belum tercapai.

INTERVIEW VS INTERVIEWER

Lusa aku kena g temuduga..adui..malasnyer rase..dhla lama aku tak g temudga..takut pun ada. Entahla..kadang2 terpikir ape yg aku takut sgt ek..penemuduga tu org cam aku je..aku tak takut sgt Cuma kadang2 malu la kalu aku tak dapat jawab ape yg dia tanyer..lebih2 lagi kalu grouping..comfirm ramai gile cam haritu..pastu mula la aku asik je terpikir..sbnrnyer aku tak la harap sgt dapat sbb aku ni takde skill nak mengajo. Cuma dah alang2 aku dapat temuduga ni,.rezeki tu Allah yg kasi..so,sbg manusia kita kenala usaha..dapat or tak tu belakang cite…mudah-mudahan proses temuduga tu berjalan lancar dan aku dapat cari tempat temuduga tu dgn mudah..dahla kat UIA..tak penah pegi..huhuhuhu…jgnla..jadi cam haritu tempat test bertukar plak..huhuhuhu..

EID MUBARAK

Akhirnyer…Selamat hari raya Aidilfitri..tak sangka akhirnye beraya sbg seorang yg dah bekerja..jadi nila 1st time rasa cam org yg dah dewasa bekerja..1st time kasi duit raya kat anak2 buah and kat adik beradik..biasanyer aku la org 1st yg hulur tgn kat family aku mintak duit raya,,hehehee..
Tahun ni tak banyak beza dgn tahun2 sebelumnye..sbb destinasi beraya mmg dah dijangka. Apela,,dah takde umah sedara lain ke??asik2 je g umah yg same..borin tul..pastu cam biasala soalan2 yg dh dijangka pun kuar la dari mulut2 pakcik n makcik2 aku..takde topik lain ke?
Raya kedua special sket sbb semua adik bradik ayah datang umah beraya..siap bawa sepupu2 n anak buah aku tu..cam biasala..senyum je muka bebudak tu dapat duit raya..di tambah plak tahun ni ramai yg kasi duit raya..termasuk la aku..muka aku jela yg tersengeh2..tp,best gak dapat kasi anak buah duit raya..rasela diri ni berguna sket..hahaha..
Tp ada peristiwa yg kelakar dah berlaku time diorang datang..tak di sangka2 binatang peliharaan mak ayah aku(biawak belakang umah yg selalu makan telor ayam mak ayah aku)hehehehe…bleh plak masuk ke dalam umah aku ikut pintu belakang pastu terus pegi ke pintu depan umah aku cam nak menyambut tetamu plak..yg buat aku risau tu dah la sepupu aku ada 2 org yg sarat nak bersalin..ish..jgn kena ‘seman’ dah la..yg buat aku lagi geram tu..binatang tu siap jalan menuju kat aku dah la laju..ape lagi menjerit macam nak pengsan la aku..huhuhuhu
Hehehe..minggu ni aku dapat bawak balik laptop opis kat umah..yela keje banyak..seronok gak dapat laptop ni..hehehehe

Tuesday, October 2, 2007

"Di Pondok Kecil"

"Di Pondok Kecil" Dipondok kecil di pantai ombak berbuih putih beralun-alun disuatu hari ayah berkata jaga adik mu ayahkan pergi jauh ku pandang wajah ayah dahinya ku cium air mata mengalir hatiku pilu diam-diamlah sayang jangan menangis doakan ayah semoga diterima diam adik ku sayang jangan menangis andai ayah gugur doakan dia syahid selamat berjuangan ayah tercinta kau pergi dulu ayah ke medan juang ku iringi doa moga berjaya beroleh kemenangan demi agama Islam wahai abang ku kemana ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x duhai adik ku sayang jangan bersedih ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi tapi ingatlah adik ku pesanan ayah berjuangan dan berkorban walau dimana jua pada Mu Tuhan aku bermohon dosa ayah ku minta diampunkan berilah rahmat bantulah dia untuk menegakkan agama Islam

*p/s: suka sgt lagu ni..lagu ni ditujukan utk sulaiha..dia pun suka..last2 dapat gak cari lagu nyer...

Nothing is nothing


Puasa

Tahun ni berpose di perantauan lagi..yg paling tak bestnyer sbb susah sgt nak pergi terawih berjemaah kat masjid..teringat waktu dulu-dulu...dari diploma sampai ijazah..memang puasa mengingatkan peristiwa-peristiwa yg berlaku semasa solat sunat terawih dimasjid...hahahaha..org-org yg tertentu je tau..kekekekke..
Kadang-kadang bile berterawih beramai-ramai tu memberikan mood puasa yg lebih kepada jemaahnyer..terawih ni dah jadi seperti 'hati' atau pun 'kemanisan' dalam bulan pose di malam hari lepas penat berpose di siang hari..yela..bulan-bulan lain mana ada...syahdu je bile teringatkan susasana tu...

Wednesday, September 26, 2007

Butterfly

Intro



Salam
Nothing........just testing..........erm..taktau nak tulis ape..baru je nak start nak menulis...ape ek??banyak yang dah jadi...mungkinkah diri telah berubah??betulla kata org hidup ni cam roda..kalau tak kena gayanyer mau terkena 'tahi' hehehe..biarla semuanyer berubah asalkan akidah n iman tak penah bergerak ataupun teralih dari landasan yg betul dan rahmat dari Allah s.w.t.