‘Saya nak jumpa awak’, begitulah lebih kurang bunyi sms itu. Sememangnya sudah lama, bahkan sudah lebih 2 tahun niat itu dipasang dalam dirinya, dan sebenarnya itulah yang dinanti-nantikan selama ini. Tapi entahlah kenapa dia merasa resah dan gelisah, umpama cacing kepanasan. Mungkin terlalu banyak yang mengganggu fikirannya, maklumlah inilah pertemuan yang pertama buat dirinya dan si dia. Macam-macam yang bermain difikirkan, ‘ apa nak ku cakapkan nanti’, ‘baju apa yang nak dipakai nanti’, dan beratus-ratus senarai perkara yang berlegar-legar di mandala pemikirannya. Risau bercampur teruja, gembira bercampur resah bercampur baur susah nak diungkapkan.
Detik-detik jam dinding terasa lambat, ah!! Perasaan apakah ini? Kenapa aku rasa macam ni? Mungkin itulah yang dibisikan sunny saat itu. Mungkin sebab terlalu banyak perkara yang sudah berlaku sebelum ini yang menyebabkannya berfikir kedua kali, terlalu banyak kesalahan yang pernah dilakukannya yang menyebabkan dia malu untuk berhadapan dengan insan tersebut. Janganlah dinafikan rasa sayangnya pada gadis itu, mungkin selaut perasaan cinta tak mampu nak memuaskan dahaga kasihnya itu Namun berbekalkan azam dan tekad yang bulat, sunny menggagahkan diri untuk menerima pelawaan tersebut. ‘Kalau bukan sekarang bila lagi, mungkin takkan ada peluang kedua, aku tak mahu sia-siakannya’, bisik hati kecilnya.
Hari itu hari jumaat, sekitar 30 minit sudah berlalu meninggalkan jarum pendek di angka tiga. Sekitar 30 minit lagi bas yang dinaikinya saat ini akan menghala ke ibu kota. Dengan lambaian tangan kepada kedua ibu bapanya, sunny memulakan perjalannya untuk 3 jam kedepan ini. Sepanjang perjalanan ,tidak pernah sunyi hatinya memikirkan perkara tersebut. Alunan lagu ‘Baru betul’ dendangan si Akar seolah-olah mesej dari alam mengiyakan perasaannya dikala itu. Memang bergetar-getar hatinya di saat pertemuaan pertamanya itu, ‘mungkin ini biasa’kata hatinya. Akhirnya bas selamat berlabuh sekitar 3 jam kemudiannya, mungkin agak terlambat disebabkan keadaan ‘traffic’ yang terlalu sesak saat itu. Gerombolan manusia yang ramai di Pudu itu, tak sedikit pun mengalihkan fikiran sunny walau sejenak daripada mengingat si dia. Benar hukum relativiti si Einstein, masa dan ruang saat ini berlalu parallel dengan rasa hati yang membuak-buak. Susah nak dibayangkan...susah, hampir saja dia terjatuh kerana tersadung dek batu di jalanan. Sedikit dia tertawa, mengenangkan betapa gelabahnya dia waktu itu. ‘Hahaha, apa yang tak kena dengan aku ni’, sambil dia terkenangkan saat dia mengusik kawan-kawanya dahulu saat mereka tengah mabuk bercinta. Selalu saja dia mempersendakan mereka, namun saat ini terasa perasaan itu menghala bak ‘boomerang’ tepat ke mukanya. Aduhai, tepat di mukanya.
Sempat seketika dia berhenti melepas lelah di samping jalan. Sambil fikirannya perlahan-lahan terkenangkan saat pertama kali kisah cinta ini berputik. Memang sudah didendritasi kukuh dalam ingatan jangka panjang otaknya saat ini. Kisah ini membawanya 3 tahun yang dahulu, saat dia masih di Bandar Sunway saat itu. Mungkin inilah yang dinamakan takdir dan ketentuan, di waktu tiada siapa yang menyangka perkenalan ini boleh berlaku. Friendster , tersenyum simpul dia bila mengenangkan semua itu. Saat masih boleh ‘bertiga saat’ dulu, saat bermesej-mesej dulu. Otot pipinya semakin merenggang jauh melebarkan senyummya bile mengenangkan saat terkejutnya si dia saat mengetahui yang sebenarnya dia bukanlah orang yang disangkakanya. Mungkin hanya dia dan si dia yang tahu apakah sebenarnya yang terjadi. ‘Brump2’, tersentak sunny dengan bunyi vibrant hp di saku seluarnya. ‘Ah, potong stim betulla’, rengusnya. Rupa-rupanya panggilan daripada bapanya. Terlupa dia nak menelepon orang tuanya itu saat tiba tadi. Perjalanan ni masih belum selesai, hajat yang asal masih belum tercapai.
No comments:
Post a Comment